The future is you!
Pengenalan
Klasworks mula beroperasi sejak tahun 2012 sebagai freelancer. Kami menyediakan perkhidmatan latihan Kursus Pengendali Makanan dan perundingan dalam kebersihan dan keselamatan makanan
Klasworks telah mendapat kepercayaan dan sambutan menggalakkan dari pelanggan serta permintaan semakin meningkat dari pelbagai segmen pasaran; perkhidmatan dan industri makanan seperti medan selera, restoran, kafe, katering, kantin, kolej & universiti, hotel, bakeri, pengilang makanan & minuman; dan juga pusat jagaan kanak-kanak dan tadika.
Klasworks berjaya didaftarkan secara rasmi pada 2015. Lokasi Pejabat dan Pusat Latihan kami adalah di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Kini, team Klasworks terdiri daripada pelatih dan perunding yang berpengalaman luas di antaranya pakar dalam bidang berkaitan dari kalangan ahli akademik, pengusaha bisnes dan pakar industri. Kami menyediakan latihan & solusi yang berimpak tinggi, berkualiti serta kos-efektif. Kami juga komited sepenuhnya dan berhasrat menjadi penyumbang penting kepada matlamat pengoperasian bisnes makanan pelanggan kami; terutamanya sektor perkhidmatan dan pembuatan makanan demi memenuhi keperluan Kebersihan dan Keselamatan Makanan yang harus dicapai.
Peserta Dilatih
Tenaga Pengajar
Tahun Operasi
AKREDITASI
Pelatih dan Program Klasworks mendapat akreditasi oleh badan pengiktirafan
✓ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
✓ Pembangunan Sumber Manusia Malaysia Berhad (PSMB)
Visi
Memperkasakan budaya kesedaran keselamatan makanan dalam kehidupan semua orang – global
Misi & Objektif
- Memberikan latihan dan solusi yang berkualiti, dapat diukur keberkesanan dan kos-efektif
- Meningkatkan keupayaan dan kapasiti klien dalam pengurusan risiko secara sistematik dan inovatif
- Menjalin hubungan bisnes yang positif, saling-menyokong dan bermatlamat jangka panjang dengan klien dan rakan strategik
- Melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam
Nilai & Etika
Kami sentiasa KOMITED menawarkan yang terbaik melalui INTEGRITI dan INOVASI, fokus menjadi PROAKTIF untuk BERJAYA
Pengarah Urusan
Fuziah Othman adalah Pengarah Urusan Klasworks PLT. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Makanan dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains Makanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum syarikat ini ditubuhkan, beliau bekerja sebagai pensyarah di Universiti Kuala Lumpur, University College Sedaya International dan Universiti Teknologi MARA. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun sebagai ahli akademik serta terlibat dalam industri makanan terutamanya sebagai pelatih Kebersihan dan Keselamatan Makanan. Beliau adalah pelatih yang berdaftar dan diiktiraf oleh HRDF TTT/18153 dan merupakan Tenaga Pengajar Kursus Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Selain itu, beliau juga adalah Auditor ACB-GMP & ACB-HACCP (IFSTC MOH) dan Halal Eksekutif yang diiktiraf oleh HPB dan JAKIM.