Pemeriksaan premis makan merupakan satu aktiviti yang harus dilakukan dengan teliti bagi memastikan tahap kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Merujuk kepada Seksyen 11 Akta Makanan 1983, premis makanan boleh diarah tutup selama 14 hari jika didapati tidak mencapai standard kebersihan yang ditetapkan atau beroperasi secara tidak bersih/tidak suci & mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan.
Klasworks menyediakan perkhidmatan Pemeriksaan Premis Makanan dengan tepat dan menyeluruh berdasarkan keperluan piawaian Pihak Berkuasa Tempatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Di antara kelebihan Pemeriksaan Premis Makanan oleh Klasworks termasuklah :
- Laporan dikeluarkan ‘on the spot’ selepas pemeriksaan dijalankan
- Laporan adalah P&C di antara Klasworks dan pelanggan sahaja
- Servis ini tidak melibatkan sebarang kompaun/tindakan penguatkuasaan
- Bayaran caj yang berpatutan
- Mendapat maklumbalas segera status tahap kebersihan dan keselamatan operasi bisnes dan premis
- Mengikut piawaian khas KKM dan PBT
- Langkah-langkah penambahbaikan dapat dilakukan segera
- Mampu melindungi jenama/branding bisnes yang telah dibina
- Mampu mengelakkan daripada tularan/viral negatif kepada orang awam yang akhirnya boleh merosakkan bisnes
- Mampu mengenalpasti dan mencegah lebih awal sebarang risiko bahaya yang mungkin terjadi